Thursday 8 March 2012

Lawatan Muhibbah KEWABA ke Hatyai, Thailand

Setelah mendapat kelulusan kebenaran keluar negeri daripada Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan pada 15 Februari 2012 yang lalu. Seramai 57 orang kakitangan termasuk Pengarah JBPM Negeri, Tuan Mohd Fadzil serta pegawai-pegawai kanan dan anggota keluarga Ibu Pejabat Jabatan Bomba & Penyelamat Negeri Perlis bertolak pada hari Sabtu bersamaan 25 Februari 2012 dengan menaiki dua buah bas ke Bandar terbesar di Selatan Thailand iaitu Hatyai yang terletak hanya 62 kilometer dari sempadan Malaysia..
Rombongan yang bertolak pada pukul 7.45 pagi telah berhenti sebentar di hentian Changlun, Kedah untuk urusan  insuran sambil bersarapan pagi. Di sini juga disediakan Money Changer kepada sesiapa yang belum membuat penukaran Ringgit ke matawang Baht.
Para peserta rombongan beratur bagi mengecop border pass masing-masing di Pusat Pemeriksaan Imigresen Bukit Kayu Hitam.
Usai dengan pemeriksaan serta urusan mengecop border pass di sebelah wilayah Malaysia, para peserta rombongan sekali lagi akan turun di Pusat Pemeriksaan Imigresen Thailand di Pekan Danok.
Memandangkan jadual lawatan ke Hatyai dibuat pada hari cuti maka bersesaklah sikit semasa urusan di kaunter Imigresen Thailand kerana ada pelancong lain yg turut serta mengambil kesempatan sempena cuti hujung minggu bercuti ke Thailand.
Setelah segala berkaitan dokumen rasmi memasuki wilayah Thailand selesai maka kami pun bertolaklah mengikut jadual yang telah disusun sempena lawatan selama dua hari satu malam ini. Perjalanan ke bandar Hatyai  hanya mengambil masa satu jam sahaja. Sesampai di bandar Hatyai, tempat pertama yang kami kunjungi adalah Thai House Honey Hadyai.
Kedai yang khusus menjual madu lebah ini merupakan produk keluaran diraja Thailand dimana madu yang dihasilkan oleh lebah di ladang mereka sangat berkualiti kerana gula atau nektar yang diambil oleh lebah tersebut datang dari hasil  bunga pokok Popi. Para peserta juga diberikan penerangan serba sedikit tentang khasiat dan kelebihan madu tersebut kepada kesihatan amnya dan madu-madu tersebut dijual dengan harga yang amat berpatutan dan dibotol dalam berbagai saiz.
Singahan seterusnya adalah di Nora Plaza iaitu pusat menjual pelbagai barangan yang dihasilkan daripada kulit seperti beg, tali pinggang, topi, kasut , dompet dan bermacam-macam lagi. Barangan kulit tersebut dihasilkan dari kulit lembu, kambing dan ikan pari. Para pegunjung juga diberikan kad diskaun 20% bagi sekali pembelian. Di sini juga terdapat pelbagai cenderamata yang dijual untuk dibuat kenangan.
Memandangkan waktu hampir memasuki tengahari, maka para peserta rombongan dibawa untuk menikmati juadah di Restoran Decha yang merupakan restoran Muslim dan makanannya halal kerana  pemilik hingga pekerjanya adalah orang Melayu Islam. Makanan yang terdapat disini memang menarik dan menyediakan pelbagai juadah makanan dari Thailand.
Para peserta rombongan menginap di Hotel Hatyai Central yang terletak di tengah-tengah bandar Hatyai dan biliknya agak selesa dilengkapi kemudahan Alat Pendingin Hawa, Tv, Peti Ais, Wifi dan ruang bilik yang luas.
Selepas pendaftaran masuk ke hotel dan Solat Zohor, para peserta di bawa ke Kedai Renu yang menjual pelbagai jenis kacang dan jeruk dengan harga yang cukup murah dan menyediakan pelbagai pilihan.
Menginjak ke waktu petang kami di bawa ke salah satu tempat menarik di Hatyai iaitu Pasar Terapung Klong Hae yang dibuka mulai pukul 2.00 petang hingga 10.00 malam dari hari Jumaat hingga hari Ahad.
Pasar ini cukup dikenali dengan para peniaga yang menjual barangan mereka dari atas sampan yang disusun cantik di tebing sungai. Pelbagai juadah yang sedia menanti pelangan dan para pegunjung tidak perlu khuatir mengenai status halalnya kerana semua peniaga di sini adalah beragama Islam.
Keesokannya kami dibawa melihat panorama kota Songhkla dari atas bukit iaitu di Tang Kuan Hill. Untuk sampai di puncak ini para pegunjung perlu menaiki kereta kabel yang telah disediakan dengan dikenakan bayaran hanya RM 2.00. Para peserta bergambar bersama untuk mengabdikan kenangan berkunjung ke sini.
Tidak sah kalau kita berkunjung ke wilayah Songhkla kalau tidak ke Pantainya yang terkenal iaitu Pantai Samila yang cukup dikenali dengan tugu ikan duyung emasnya.
Para peserta berehat sebentar di Koh Samui sambil mengambil hidangan tengahari di restoran Muslim yang banyak terdapat di sini. Di sini juga para pegunjung boleh membeli pelbagai hasil laut seperti ikan kering, ikan segar, keropok , belacan dan pelbagai barangan lagi.

 
Selain terkenal dengan tempat-tempat yang menarik, Hatyai juga dikenali sebagai syurga membeli belah. Salah satu pasar yang kami kunjungi adalah pasar di sekitar Lee Garden Plaza yang menyediakan pelbagai jenis barangan yang boleh dibeli dari pakaian, cenderahati, makanan, buah-buahan,  dan lain-lain lagi. Di sini juga para pembeli boleh tawar menawar harga barangan untuk mendapatkan harga yang lebih murah.
Sekitar pukul 4.30 petang rombongan kami bertolak balik dengan seribu satu kenangan dan barangan yang dibeli dari Bandar Hatyai, Thailand dan yang penting adalah mengenali dengan lebih dekat sosio budaya di negara jiran terbabit kerana pengalaman adalah ijazah yang paling berharga.

Wednesday 11 January 2012

Majlis Bubur Asyura KEWABA

 Bertempat di Dewan Serbaguna, Ibu Pejabat Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia Negeri Perlis, telah diadakan majlis mengacau Bubur Asyura oleh Kelab Warga Ibu Pejabat JBPM Perlis pada 23 Disember 2011 bersempena menyambut bulan Muharram. Kelihatan kakitangan wanita sibuk menyediakan bahan-
bahan yang akan dimasukkan ke dalam Bubur Asyura.
                                      
 Setelah segala persiapan dilakukan maka bermulah aktiviti mengacau bahan-bahan untuk membuat bubur seperti tepung beras, gula merah, garam, santan , dan bahan penambah perisa lain spt berbagai jenis kacang,
jagung, pisang serta keledek
                                     
 Kelihatan para pegawai sedang tekun menunggu giliran untuk take over pendayung tersebut apabila sampai giliran mereka. Bubur Asyura ni dia amik masa dalam 3 jam untuk masak sepenuhnya dan perlu dikacau sentiasa supaya tidak hangit di dasarnya.
Setelah siap bubur Asyura yang dikacau tersebut, ia telah diagihkan kepada semua kakitangan Ibu Pejabat Jabatan Bomba & Penyelamat Negeri Perlis serta diagihkan kepada Pekerja Pembersihan bangunan dan Pengawal Keselamatan Pejabat.

Senamrobik KEWABA

 Dalam sibuk melakukan rutin kerja seharian para kakitangan JBPM Perlis juga perlu menjaga kesihatan diri dalam memastikan dapat memberi perkhidmatan dan kualiti kerja yang baik. Di mana kesihatan diri perlu  dijaga seiring dengan gerak kerja dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk memastikan kualiti kerja JBPM Perlis berada pada pencapaian yang membanggakan.
Oleh itu aktiviti senamrobik yang telah dianjurkan oleh kelab KEWABA telah menjadi aktiviti wajib bagi kakitangan JBPM Perlis pada setiap pagi hari Jumaat yang disertai bukan sahaja kakitangan di peringkat ibu pejabat dan balai-balai, malah isteri-isteri pegawai turut serta memeriahkan aktiviti riadah ini yang hanya berlangsung dalam tempoh 1 jam sahaja di mana ia dapat memberi pulangan tahap kesihatan yang berkekalan. Dengan Jurulatih kecergasan yang berpengalaman, membuatkan aktiviti senamrobik ini bertambah menarik.

Majlis Berbuka Puasa KEWABA

 Bersempena menyambut bulan yang penuh keberkatan iaitu bulan Ramadhan al Mubarak, satu majlis Berbuka Puasa telah dianjurkan oleh Kelab KEWABA pada 10 Ogos 2011 untuk semua kakitangan. Turut dijemput memeriahkan majlis yang murni ini  adalah Penolong Ketua Pengarah Bahagian Pengurusan Korporat dan Perhubungan Awam Tuan Zamri Bin Che Din yang juga merupakan mantan Pengarah JBPM Perlis bersama-sama Timbalan Pengarah Tuan Mohd Fadzil Bin Haroon.
 Majlis yang berlangsung di kafeteria ini juga dihadiri oleh kaum keluarga para kakitangan dan juga balai-balai dalam suasana yang penuh santai dan harmoni.
 Antara hidangan yang menjadi tumpuan pada majlis itu adalah nasi tomato, Ikan siakap percik, ayam goreng berempah, gulai ikan , sayur-sayuran dan beberapa jenis kuih iaitu murtabak dan pulut sekaya.
Hidangan yang membangkitkan selera menghilangkan rasa lapar dan dahaga pada waktu siang yang diwajibkan bagi umat Islam apabila menyambut bulan penuh keberkatan, bulan Ramadhan. Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan.

Monday 9 January 2012

Mesyuarat Agung KEWABA Tahun 2011

 Pada 4 Ogos 2011 Mesyuarat Agung KEWABA JBPM Perlis telah diadakan di Bilik Gerakan Negeri dengan dihadiri semua Ahli Jawatankuasa dan Ahli-ahli bagi membincangkan perkara berbangkit serta melantik semua AJK yang baharu di mana pelantikan AJK baru dibuat 2 tahun sekali.
Antara AJK Kelab KEWABA yang telah dilantik bagi penggal 2011/12 ialah:-

Pengerusi:-  Tuan Mohd Fadzil Bin Haroon
Timbalan Pengerusi :- Tuan Khairul Ariffin Bin Che Ramli
Setiausaha :- Encik Asrul Rizal Bin Ariffin
Pen. Setiausaha :- Encik Aziz Bin Sabu
Bendahari :- Encik Abu Hassan Bin Adam
Pen. Bendahari :- Cik Siti Fairuz Bt Saidin
AJK Pngurusan :- Cik Nur Hidayah Bt Mansor
AJK Keselamatan :- Tuan Mohd Yusrizal Bin Mohd Yusof
AJK Operasi :- Tuan Khozari Bin Ahmad
AJK Latihan :- Tuan Roslan Bin Hasnan
AJK Siasatan :- Tuan Ju'mat Bin Tariman
Pemeriksa Kira-kira 1 :- Cik Nur Zarina Bt Mustazim
Pemeriksa Kira-kira 2 :- Puan Khairani Bt Khir

Majlis Perpisahan PPgB Tuan Abdul Aziz Bin Usoff

 Sempena pertukaran Tuan Abdul Aziz Bin Usof yang telah dinaikkan pangkat dari Penolong Penguasa Bomba KB 29 ke Penolong Kanan Penguasa Bomba KB 32 dan ditempatkan sebagai Ketua Balai Bomba & Penyelamat Kepala Batas, Pulau Pinang, satu majlis perpisahan telah diadakan pada 12 April 2011dengan dihadiri semua kakitangan Ibu Pejabat JBPM Perlis.
Tuan Abdul Aziz menerima sedikit cenderamata dari Yang Setia Timbalan Pengarah Tuan Mohd Fadzil Bin Haroon. Tuan Abdul Aziz telah berkhidmat selama 4 tahun di JBPM Perlis dan telah banyak memberi sumbangan kepada jabatan terutamanya dalam sukan Woodball. Semoga Tuan Abdul Aziz akan gembira dan terus cemerlang apabila di tempat baru.

Majlis Gotong Royong

 Pada 8 April 2011 satu Majlis Gotong Royong telah diadakan di perkarangan Ibu Pejabat JBPM Perlis yang disertai semua kakitangan Ibu Pejabat serta penglibatan dari anggota-anggota balai.
 Selain memotong rumput dan membersihkan kawasan sekitar, kakitangan juga menanam pokok bunga di sekitar lanskap Ibu Pejabat bagi menambahkan keceriaan serta memberi suasana hijau kepada panorama di Ibu Pejabat.
Selain itu kehadiran Jentera dari Balai Bomba & Penyelamat dalam membersihkan kawasan jalan  serta longkang di sekitar bangunan banyak membantu terutamanya dengan penggunaan semburan air bertekanan tinggi dari jentera. Kelihatan Ketua Balai Bomba & Penyelamat Kangar, Tuan Johari sibuk membersihkan tempat perhimpunan dengan menggunakan semburan air.

Majlis Perpisahan Kakitangan Puan Amrah & Encik Amar

 Pada 25 Mac 2011 Ibu Pejabat Jabatan Bomba & Penyelamat Negeri Perlis telah kehilangan dua orang kakitangan yang banyak memberi sumbangan kepada jabatan terutamanya di Bahagian Kewangan serta Bahagian Latihan. Di mana Encik Amar yang menjalani latihan praktikal di jabatan ini telah tamat tempoh latihan praktikalnya dan perlu menyambung kembali pengajiannya di UiTM Arau. Beliau telah berkhidmat di Bahagian Kewangan selama 4 bulan. Kelihatan Encik Amar menerima saguhati dari Ketua Bahagian Pengurusan, Puan Jariah sambil diperhatikan Ketua Cawangan Sumber Manusia Cik Nur Hidayah.
 Puan Amrah pula telah berkhidmat sebagai Pembantu Tadbir N 17 di  Bahagian Latihan Negeri selama 1 tahun dan beliau telah bertukar ke Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Kedah di Alor Setar kerana mengikuti suami yang bekerja di sana.
 Yang Setia Pemangku Pengarah Tuan Mohd Fadzil menyampaikan sedikit cenderahati dari jabatan kepada kedua-dua pegawai yang dirai atas segala sumbangan dan khidmat yang telah diberikan kepada jabatan.

 Yang Setia Pemangku Pengarah bersama pegawai-pegawai kanan menikmati hidangan yang disediakan oleh Kelab KEWABA selepas Majlis Perpisahan tersebut di Kafeteria.
Isteri Pemangku Pengarah Puan Salmah turut hadir bagi memeriahkan majlis bersama-sama kakitangan wanita yang lain.

Majlis Tahlil & Doa Selamat KEWABA

 Bertempat di Surau Ibu Pejabat Jabatan Bomba & Penyelamat Negeri Perlis telah diadakan majlis Tahlil dan Bacaan Doa bersempena merasmikan Ibu Pejabat JBPM Perlis yang baharu.
Majlis yang diadakan pada 28 Januari 2011 telah dihadiri oleh semua kakitangan ibu pejabat termasuk Yang Setia Pemangku Pengarah Tuan Mohd Fadzil Bin Haroon serta ketua-ketua balai dan telah diadakan sebelum waktu Asar. Selepas bacaan Tahlil tersebut semua hadirin melakukan Solat Asar berjemaah yang diimamkan oleh Encik Ibrahim Bin Awang dari Bahagian Kejuruteraan. Majlis diakhiri dengan sedikit jamuan ringan di kafeteria.

Wednesday 4 January 2012

Lawatan Kerja Ke Kelantan

 Pada 25 Disember 2010 seramai 44 orang pegawai dan kakitangan Jabatan Bomba & Penyelamat Negeri Perlis bertolak ke Negeri Cik Siti Wan Kembang, Kelantan untuk lawatan kerja selama 2 hari sambil makan oksigen dan makan kepok gete. Aksi2 manja para kakitangan jantan sebelum bas bertolak diketuai oleh inche Razak Bahadur Gurung yg didatangkan khas dari Selatan Nepal.
On way ke sana kami singah sat dekat Kulim untuk menghadiri majlis kenduri bekas staf jabatan iaitu kak yuzi dan pasangannya abg madi, lpas beramah mesra, makan2, bergambaq manja dan serahan hadiah kami pun berangkat semula ke destinasi yg dituju. Dan ucapan yg sungguh best dari kami untuk Kak Yuzi , semoga berbahagian ke anak cucu, cicit, ciut, piut, miut, tiut,riut, siut dlll.
Sebelum menempuh perjalanan yg agak panjang di atas bukit melalui Lebuh raya Timur-Barat kami berenti singgah di Hentian Perah, Grik, Perak untuk solat dan menjamu mata dan selera sambil sembang-sembang muhong. Masa kami berenti kat sini banyak jugakla rakyat2 dari Pantai Timur yg berangkat pulang ke negeri masing2 selepas bercuti di Pantai Barat, ramai yg bila ditanya depa bru balik dari Pulau Langkawi. Adat la bila bercuti ni, orang dari Pantai Timur mai sebelah Barat, yang Selatan ke Utara dan begitu la sebaliknya.

Kalau melalui Lebuhraya ni adatla klu terserempak ngan lori2 balak yg banyak melalui kawasan ni. Kadang2 sakit mata tgok banyak kawasan yg telah gondol akibat dari pembalakan tersebut. Klu hutan habih depa tebang tang mana orang utan nak duduk kan, eh...orang utan mana ada kat semenajung, klu kat zoo ada la, org utan kan dok kat kepulauan Borneo. Ni gambaq kami ambik kat hentian Puncak Titiwangsa. Hentian ni berada di puncak Banjaran Titiwangsa, mmg sejuk kat sini, ramai gak la yg berenti pi tandas, maklum la jauh gak perjalanan sebelum sampai hentian ni. Yang laku kat hentian ni apalagi klu bukan burger, tak menang tangan brader burger tu dok penuhi permintaan pelanggan. Boring jugak lalu di lebuhraya ni, dah la jauh kiri kanan nampak hutan ja, berbukit bukau, yg bestnya bila sampai kat Tasik banding, seronok gak la tgok Tasik semulajadi yg agak luas tu di kiri kanan lebuhraya. tapi yg menjadi persoalan aku betapa aku respek kat org2 yg membina lebuhraya ni, yg rentang wayar2 elektrik merentasi banjaran dan gunung2, musti tough gila kerja depa, tambahan dekat pedalaman plak tu. Tak tau la macamana depa tahan dgan situasi kerja dengan persekitaran cenggitu.
Kami sampai malam di Kelantan, tempat pertama yg kami pi adalah ke Wakaf Che Yeh, sebuah pasar yang jual macam2 dan dibuka hanya pada waktu sebelah malam hingga pagi. Pasar jualan barang2 dibuka dari pukoi 7 mlm dan apabila melewati tgah malam gerai2 jualan sayoq dan barangan basah akan ambik alih plak hingga dinihari.

Pasar ni macam pasar malam biasa cuma kawasan dia agak luas dan pelbagai jenis jualan dari pakaian, jersi bola,kacamata, jam, kain pasang hinggalah ke tempahan kunci disediakan di sini. Pasar ni klu bagi rakyat yg terletak agak jauh dari sempadan Siam mmg syurga bg depa la sebab banyak barangan yg dijual di sini kebanyakan dari Thailand, bg kami biasa2 ja sebab barangan tersebut bila2 masa saja kami ble pi bli kat Padang Besar. Yang aku respek rakyat Kelantan ni, ianya berbeza sikit dari negeri2 lain yg penah aku pi sebab bila sampai di pekan2 atau bandar2nya kebanyakan para peniaga dan kedai dimonopoli oleh kaum Melayu berbanding kaum Tionghua yg mmg cukup sinonim dengan bidang perniagaan kalau di lain2 negeri.

Paginya kami dibawa oleh Pegawai Bomba dari Pengkalan Kubor ke kilang membuat keropok Lekor di Tumpat, apalagi pakat borong sakanla, maklum la keropok baru direbus bak susu segar dari ladang. baguih jugakla dapat bertandang kat sini, dapat jugakla kita tau macamana cara membuat kepok lekor ni, sebab seblm ni yg kita tau makan saja.
Tgok bos Bahagian Kejuruteraan Jabatan pun nak try uli kepok leko, takyah la Enche Saipul wei, tangan tu dok besa pegang enjin ngan jentera nak uli kepok, mana nak jadi hahahaha... sbenaqnya tu eksyen ja, nak masuk dalam gambar buletin katakan. Kepok lekor soooo....kuoh banjir weehhh...Lagi satu sepanjang perjalan kami ke sini banyak betoi aku tgok rumah2 di Kelantan ni (bukan semuanya la) ada depa buat satu tempat letak tangki ayaq kat luaq rumah. Klu org kaya tu dia buat menara tangki ayaq tu elok sikit, klu org biasa ni, biasa saja la depa buat. Aku ada tanya la kat salah sorang kakitangan jabatan yg mentua dia org Kelantan, pasaipa depa wat tangki tu, dia kata sebab kat Kelantan banyak kawasan yg ayaq dia pressure tak kuat, tu yg depa buat tangki asing tu.Ooooo patutla, tapi nampak macam trademark plak bila mai sini, sebab banyak gak la rumah yg ada tangki kat luaq berbanding di negeri belah Utara yg jarang2 kita jumpa.
Seterusnya kami pi tempat yg wajib dikunjungi kalau ke Negeri Kelate iaitu Pasar Siti Khatijah.
kami bergambar dulu kat bekas Istana bersebelahan Pasar Siti Khatijah.
Ni bukan pintu ke Pasar Siti Khatijah atau pintu ke syurga ya, ini pintu utama ke bekas istana tersebut. Besaq jugak pintu dia, musti kunci dia pun besaq jugak kan, jenuh nak cari pedal ayam klu pintu besaq lagu nih.

Yang menarik di Pasar siti Khatijah ni para peniaga majoritinya dari kaum hawa. Aras bawah dibuat pasar basah, aras satu kedai2 rempah ratus dan medan selera dan aras tiga tempat jual kain baju dan kain pasang. Dapat jugak la merasa kuih akok dan jala mas yg depa jual kat bawah ni. Manih kuih dia semanis org yg jual tu hahahaha...ada jugak la kelaku gigolo tu, yg murah kat sini kain batik, kain pasang ngan telekung la.
Last sekali apalagi setelah penat pusing2 pasar ni kami pun pi la dengan penuh ketaksuban ke medan selera untuk menjamu selera. Unik gerai2 makan kat sini, payah nak jumpa kat tempat lain, stail dia macam restoran Jepun, tempat letak juadah dia berdepan dengan tempat duduk kita, lebih kurang macam dekat bar tempat duduk dia, makanan diletakkan di depan kita, klu rasa nak tambah lauk lain, pakai sauk ja. Setelah itu kami meninggalkan Negeri Kelantan untuk balik ke tempat bertugas dengan serangkap pantun dari kami 'Buah kedekak, buah kedekik, lain tahun kami datang lagik". Selamat tinggal, selamat jale, w'pun semeta jah singgoh, tapi ambo raso berbesar hati nok maghi lagi. Buke oghe lain sik2 kito jugok..