Wednesday 11 January 2012

Majlis Berbuka Puasa KEWABA

 Bersempena menyambut bulan yang penuh keberkatan iaitu bulan Ramadhan al Mubarak, satu majlis Berbuka Puasa telah dianjurkan oleh Kelab KEWABA pada 10 Ogos 2011 untuk semua kakitangan. Turut dijemput memeriahkan majlis yang murni ini  adalah Penolong Ketua Pengarah Bahagian Pengurusan Korporat dan Perhubungan Awam Tuan Zamri Bin Che Din yang juga merupakan mantan Pengarah JBPM Perlis bersama-sama Timbalan Pengarah Tuan Mohd Fadzil Bin Haroon.
 Majlis yang berlangsung di kafeteria ini juga dihadiri oleh kaum keluarga para kakitangan dan juga balai-balai dalam suasana yang penuh santai dan harmoni.
 Antara hidangan yang menjadi tumpuan pada majlis itu adalah nasi tomato, Ikan siakap percik, ayam goreng berempah, gulai ikan , sayur-sayuran dan beberapa jenis kuih iaitu murtabak dan pulut sekaya.
Hidangan yang membangkitkan selera menghilangkan rasa lapar dan dahaga pada waktu siang yang diwajibkan bagi umat Islam apabila menyambut bulan penuh keberkatan, bulan Ramadhan. Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan.

No comments:

Post a Comment