Tuesday 3 January 2012

Hari Keluarga KEWABA JBPM Perlis di Pulau Langkawi

 Pada 12 Disember 2009 Kelab KEWABA telah mengadakan Hari Keluarga di Pulau Lagenda iaitu Pulau Langkawi. Dengan kakitangan beserta keluarga seramai 83 orang. Rombongan telah bertolak dari jeti Kuala Perlis ke Pekan Kuah, Langkawi dengan menaiki Feri Sinaran II. Pulau Langkawi, pulau yang selalu menjadi destinasi utama pelancongan bukan sahaja kecantikan pantai dan pulaunya malah kemurahan barangan di pulau bebas cukai ni. Biasala bila musim cuti sekolah ni semua resort, hotel, chalet fully booking, kereta dan van sewa pun abih orang booking, rate hotel dan keta sewa murah ja kalau bukan musim cuti sekolah, bila mai time ni habih mencanak naik harga. Time cenggini la para peniaga nak buat duit. Tu pun ramai berpusu2 mai bercuti kat sini.
 Singgah di galeria Perdana berkesempatan la jumpa dan bergambar dengan Presiden Cuepacs Tn. Haji Omar Osman. Dengan satu harapan dari kami untuk Tuan haji, mintak2 la taun depan dapat la bonus dari kerajaan ya tuan haji thihihihi....
 Berehat sebentar bersama Kit Kat di Dataran Kereta Kabel selepas seharian berjalan pusing-pusing satu pulau. Punca kami pakat dok berlepak ni bukan pasai apa tapi sebab tak bleh naik kereta kabel, pengunjung ramai terlampau sampai barisan jadi huruf S. Walaupun dekat Stesen Kereta Kabel tapi kami takdak la kabel utk membolehkan kami beli tiket dengan senang lenang tanpa beratur.
 Kami semua menginap di Sandy Beach Resort di Pantai Cenang, senang nak buat aktiviti kat tepi pantai. Yang penting anak-anak buleh enjoy mandi laut. Di atas adalah salah satu acara sukaneka yg sempat di tembak oleh lensa aku iaitu acara Lompat Katak Pisang (Pisiang kalu loghat Perlih). Nampaknya para Katak eh silap plak, maafkan saya para peserta sedang mengambil bahagian dan diadili oleh pengadil yang didatangkan khas dari Kepulauan Galapagos iaitu Encik Aziz Sabu.
 Macam-macam gaya lompatan ada dah tak nampak gaya lompatan katak dah, ada yang lompat kijang, lompat tikam eh silap tu nama kuih, lompat tendang pun ada nasib baik tak kena dagu kalau tidak sahih jadi macam Rahman Dagu .
Alih alih pakat tertungin bila patah balik lari ikut belakang, tengok Tuan Jumat terlentang penuh bergaya sambil hafal sifir 16. Tapi bagi aku acara lari ikut belakang ni bahaya sikit sebab aku terjatuh sampai tergeliat tangan dan wife asmadi retak tulang tangan, cadangan aku kalau nak buat acara lari pulak buatla lari berganti-ganti ka, lari-lari anak ka, kahwin lari ka takpun lari dari rumah tak la bahaya sangat. Selepas agihan hadiah rombongan kami pun bertolak pulang pada pukul 6.30 petang dengan menaiki feri, mesti la naik feri dah dok kat pulau takkan nak naik pelamin lak kan hahahaha....sekian wasalam.

No comments:

Post a Comment