Pada 13 Mac 2013 bersamaan hari Rabu, KEWABA telah mengadakan satu Majlis Perpisahan untuk salah seorang kakitangan Bahagian Pengurusan iaitu Encik Azaharil Azhar Bin Rosli yang telah dinaikkkan pangkat dari jawatan Pembantu Tadbir Kewangan gred W 17 ke jawatan Penolong Akauntan gred W 27.
Beliau telah berkhidmat di Jabatan Bomba & Penyelamat Negeri Perlis selama 7 tahun dan telah banyak memberi sumbangan dan bakti pada jabatan di peringkat kerja sehinggalah kepada aktiviti-aktiviti yang telah dianjurkan oleh jabatan. Seramai 44 ahli KEWABA telah hadir pada majlis ini untuk memberikan penghargaan kepada yang dirai sebelum beliau bertukar dan mendengar sepatah dua kata dari beliau sepanjang perkhidmatan di jabatan ini.
Di akhir Majlis Yang Setia Pengarah JBPM Perlis merangkap Pengerusi KEWABA Tuan Mohd Fadzil Bin Haroon telah menyampaikan sedikit cenderahati kelab kepada yang dirai dan disusuli pemberian cenderahati dari Bahagian-bahagian lain untuk kenang-kenanggan dari Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia Negeri Perlis.Kami dari semua kakitangan jabatan ini mengucapkan jutaan terima kasih dan selamat maju jaya kepada beliau apabila berada di tempat baru kelak.
Monday, 18 March 2013
Senamrobik KEWABA 2013
Senamrobik merupakan antara aktiviti rasmi yang dianjurkan KEWABA saban tahun dan begitu juga pada tahun 2013, dimana telah ditetapkan bahawa aktiviti senamrobik akan diadakan 2 minggu sekali pada setiap pagi hari Jumaat.
Dengan kehadiran semua kakitangan bahagian di Ibu Pejabat Jabatan Bomba & Penyelamat Negeri Perlis telah memberi suasana yang sungguh meriah dengan telatah para kakitangan mengikut rentak irama muzik serta membuat gerakan badan.
Setiap aktiviti senamrobik, KEWABA mendapatkan jurulatih yang terlatih dari luar untuk menunjukkan setiap rentak senaman dalam memberikan setiap kakitangan Ibu Pejabat Jabatan Bomba & Penyelamat Negeri Perlis kecergasan luaran dan dalaman bagi meningkatkan kualiti diri dan rutin kerja seharian.

Thursday, 8 March 2012
Lawatan Muhibbah KEWABA ke Hatyai, Thailand
Setelah mendapat kelulusan kebenaran keluar negeri daripada Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan pada 15 Februari 2012 yang lalu. Seramai 57 orang kakitangan termasuk Pengarah JBPM Negeri, Tuan Mohd Fadzil serta pegawai-pegawai kanan dan anggota keluarga Ibu Pejabat Jabatan Bomba & Penyelamat Negeri Perlis bertolak pada hari Sabtu bersamaan 25 Februari 2012 dengan menaiki dua buah bas ke Bandar terbesar di Selatan Thailand iaitu Hatyai yang terletak hanya 62 kilometer dari sempadan Malaysia..
Rombongan yang bertolak pada pukul 7.45 pagi telah berhenti sebentar di hentian Changlun, Kedah untuk urusan insuran sambil bersarapan pagi. Di sini juga disediakan Money Changer kepada sesiapa yang belum membuat penukaran Ringgit ke matawang Baht.
Para peserta rombongan beratur bagi mengecop border pass masing-masing di Pusat Pemeriksaan Imigresen Bukit Kayu Hitam.
Usai dengan pemeriksaan serta urusan mengecop border pass di sebelah wilayah Malaysia, para peserta rombongan sekali lagi akan turun di Pusat Pemeriksaan Imigresen Thailand di Pekan Danok.
Memandangkan jadual lawatan ke Hatyai dibuat pada hari cuti maka bersesaklah sikit semasa urusan di kaunter Imigresen Thailand kerana ada pelancong lain yg turut serta mengambil kesempatan sempena cuti hujung minggu bercuti ke Thailand.
Setelah segala berkaitan dokumen rasmi memasuki wilayah Thailand selesai maka kami pun bertolaklah mengikut jadual yang telah disusun sempena lawatan selama dua hari satu malam ini. Perjalanan ke bandar Hatyai hanya mengambil masa satu jam sahaja. Sesampai di bandar Hatyai, tempat pertama yang kami kunjungi adalah Thai House Honey Hadyai.
Kedai yang khusus menjual madu lebah ini merupakan produk keluaran diraja Thailand dimana madu yang dihasilkan oleh lebah di ladang mereka sangat berkualiti kerana gula atau nektar yang diambil oleh lebah tersebut datang dari hasil bunga pokok Popi. Para peserta juga diberikan penerangan serba sedikit tentang khasiat dan kelebihan madu tersebut kepada kesihatan amnya dan madu-madu tersebut dijual dengan harga yang amat berpatutan dan dibotol dalam berbagai saiz.
Singahan seterusnya adalah di Nora Plaza iaitu pusat menjual pelbagai barangan yang dihasilkan daripada kulit seperti beg, tali pinggang, topi, kasut , dompet dan bermacam-macam lagi. Barangan kulit tersebut dihasilkan dari kulit lembu, kambing dan ikan pari. Para pegunjung juga diberikan kad diskaun 20% bagi sekali pembelian. Di sini juga terdapat pelbagai cenderamata yang dijual untuk dibuat kenangan.
Memandangkan waktu hampir memasuki tengahari, maka para peserta rombongan dibawa untuk menikmati juadah di Restoran Decha yang merupakan restoran Muslim dan makanannya halal kerana pemilik hingga pekerjanya adalah orang Melayu Islam. Makanan yang terdapat disini memang menarik dan menyediakan pelbagai juadah makanan dari Thailand.
Para peserta rombongan menginap di Hotel Hatyai Central yang terletak di tengah-tengah bandar Hatyai dan biliknya agak selesa dilengkapi kemudahan Alat Pendingin Hawa, Tv, Peti Ais, Wifi dan ruang bilik yang luas.
Selepas pendaftaran masuk ke hotel dan Solat Zohor, para peserta di bawa ke Kedai Renu yang menjual pelbagai jenis kacang dan jeruk dengan harga yang cukup murah dan menyediakan pelbagai pilihan.
Menginjak ke waktu petang kami di bawa ke salah satu tempat menarik di Hatyai iaitu Pasar Terapung Klong Hae yang dibuka mulai pukul 2.00 petang hingga 10.00 malam dari hari Jumaat hingga hari Ahad.
Pasar ini cukup dikenali dengan para peniaga yang menjual barangan mereka dari atas sampan yang disusun cantik di tebing sungai. Pelbagai juadah yang sedia menanti pelangan dan para pegunjung tidak perlu khuatir mengenai status halalnya kerana semua peniaga di sini adalah beragama Islam.
Keesokannya kami dibawa melihat panorama kota Songhkla dari atas bukit iaitu di Tang Kuan Hill. Untuk sampai di puncak ini para pegunjung perlu menaiki kereta kabel yang telah disediakan dengan dikenakan bayaran hanya RM 2.00. Para peserta bergambar bersama untuk mengabdikan kenangan berkunjung ke sini.
Tidak sah kalau kita berkunjung ke wilayah Songhkla kalau tidak ke Pantainya yang terkenal iaitu Pantai Samila yang cukup dikenali dengan tugu ikan duyung emasnya.
Para peserta berehat sebentar di Koh Samui sambil mengambil hidangan tengahari di restoran Muslim yang banyak terdapat di sini. Di sini juga para pegunjung boleh membeli pelbagai hasil laut seperti ikan kering, ikan segar, keropok , belacan dan pelbagai barangan lagi.

Selain terkenal dengan tempat-tempat yang menarik, Hatyai juga dikenali sebagai syurga membeli belah. Salah satu pasar yang kami kunjungi adalah pasar di sekitar Lee Garden Plaza yang menyediakan pelbagai jenis barangan yang boleh dibeli dari pakaian, cenderahati, makanan, buah-buahan, dan lain-lain lagi. Di sini juga para pembeli boleh tawar menawar harga barangan untuk mendapatkan harga yang lebih murah.

Sekitar pukul 4.30 petang rombongan kami bertolak balik dengan seribu satu kenangan dan barangan yang dibeli dari Bandar Hatyai, Thailand dan yang penting adalah mengenali dengan lebih dekat sosio budaya di negara jiran terbabit kerana pengalaman adalah ijazah yang paling berharga.
Wednesday, 11 January 2012
Majlis Bubur Asyura KEWABA
Bertempat di Dewan Serbaguna, Ibu Pejabat Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia Negeri Perlis, telah diadakan majlis mengacau Bubur Asyura oleh Kelab Warga Ibu Pejabat JBPM Perlis pada 23 Disember 2011 bersempena menyambut bulan Muharram. Kelihatan kakitangan wanita sibuk menyediakan bahan-
bahan yang akan dimasukkan ke dalam Bubur Asyura.

Setelah segala persiapan dilakukan maka bermulah aktiviti mengacau bahan-bahan untuk membuat bubur seperti tepung beras, gula merah, garam, santan , dan bahan penambah perisa lain spt berbagai jenis kacang,
jagung, pisang serta keledek

Kelihatan para pegawai sedang tekun menunggu giliran untuk take over pendayung tersebut apabila sampai giliran mereka. Bubur Asyura ni dia amik masa dalam 3 jam untuk masak sepenuhnya dan perlu dikacau sentiasa supaya tidak hangit di dasarnya.
Setelah siap bubur Asyura yang dikacau tersebut, ia telah diagihkan kepada semua kakitangan Ibu Pejabat Jabatan Bomba & Penyelamat Negeri Perlis serta diagihkan kepada Pekerja Pembersihan bangunan dan Pengawal Keselamatan Pejabat.

Senamrobik KEWABA
Dalam sibuk melakukan rutin kerja seharian para kakitangan JBPM Perlis juga perlu menjaga kesihatan diri dalam memastikan dapat memberi perkhidmatan dan kualiti kerja yang baik. Di mana kesihatan diri perlu dijaga seiring dengan gerak kerja dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk memastikan kualiti kerja JBPM Perlis berada pada pencapaian yang membanggakan.
Oleh itu aktiviti senamrobik yang telah dianjurkan oleh kelab KEWABA telah menjadi aktiviti wajib bagi kakitangan JBPM Perlis pada setiap pagi hari Jumaat yang disertai bukan sahaja kakitangan di peringkat ibu pejabat dan balai-balai, malah isteri-isteri pegawai turut serta memeriahkan aktiviti riadah ini yang hanya berlangsung dalam tempoh 1 jam sahaja di mana ia dapat memberi pulangan tahap kesihatan yang berkekalan. Dengan Jurulatih kecergasan yang berpengalaman, membuatkan aktiviti senamrobik ini bertambah menarik.

Majlis Berbuka Puasa KEWABA
Bersempena menyambut bulan yang penuh keberkatan iaitu bulan Ramadhan al Mubarak, satu majlis Berbuka Puasa telah dianjurkan oleh Kelab KEWABA pada 10 Ogos 2011 untuk semua kakitangan. Turut dijemput memeriahkan majlis yang murni ini adalah Penolong Ketua Pengarah Bahagian Pengurusan Korporat dan Perhubungan Awam Tuan Zamri Bin Che Din yang juga merupakan mantan Pengarah JBPM Perlis bersama-sama Timbalan Pengarah Tuan Mohd Fadzil Bin Haroon.
Majlis yang berlangsung di kafeteria ini juga dihadiri oleh kaum keluarga para kakitangan dan juga balai-balai dalam suasana yang penuh santai dan harmoni.
Antara hidangan yang menjadi tumpuan pada majlis itu adalah nasi tomato, Ikan siakap percik, ayam goreng berempah, gulai ikan , sayur-sayuran dan beberapa jenis kuih iaitu murtabak dan pulut sekaya.
Hidangan yang membangkitkan selera menghilangkan rasa lapar dan dahaga pada waktu siang yang diwajibkan bagi umat Islam apabila menyambut bulan penuh keberkatan, bulan Ramadhan. Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan.

Monday, 9 January 2012
Mesyuarat Agung KEWABA Tahun 2011
Pada 4 Ogos 2011 Mesyuarat Agung KEWABA JBPM Perlis telah diadakan di Bilik Gerakan Negeri dengan dihadiri semua Ahli Jawatankuasa dan Ahli-ahli bagi membincangkan perkara berbangkit serta melantik semua AJK yang baharu di mana pelantikan AJK baru dibuat 2 tahun sekali.
Antara AJK Kelab KEWABA yang telah dilantik bagi penggal 2011/12 ialah:-
Pengerusi:- Tuan Mohd Fadzil Bin Haroon
Timbalan Pengerusi :- Tuan Khairul Ariffin Bin Che Ramli
Setiausaha :- Encik Asrul Rizal Bin Ariffin
Pen. Setiausaha :- Encik Aziz Bin Sabu
Bendahari :- Encik Abu Hassan Bin Adam
Pen. Bendahari :- Cik Siti Fairuz Bt Saidin
AJK Pngurusan :- Cik Nur Hidayah Bt Mansor
AJK Keselamatan :- Tuan Mohd Yusrizal Bin Mohd Yusof
AJK Operasi :- Tuan Khozari Bin Ahmad
AJK Latihan :- Tuan Roslan Bin Hasnan
AJK Siasatan :- Tuan Ju'mat Bin Tariman
Pemeriksa Kira-kira 1 :- Cik Nur Zarina Bt Mustazim
Pemeriksa Kira-kira 2 :- Puan Khairani Bt Khir

Subscribe to:
Comments (Atom)